DIY - Bunga tangan anda!

Haii...

Kita sambung cerita tentang bunga hari ni okay!
Bunga segar sekarang sangat mahal harganya bukan. Ditambah pula dengan upah untuk menggubahnya.. Gubahan dari kedai bunga pun bukanlah selalunya luar bisa, jadi..patutkah kita menghabiskan semua wang yang ada untuk menempah bunga segar yang hanya tetap segar sebagai kenangan dalam sebuah foto? Atau anda mahu kos ini di kurangkan, Bonus pula dengan hasil yang sangat memuaskan hati kerana dapat mengikut kehendak diri kita... Jawapannya, Do It Yourself!

Ikut trend terbaru bunga tangan dan KISS! (Keep It Super Sederhana) Hehehe~

Tidak perlu menjadi seorang pereka bunga untuk melilit atau membungkus beberapa rumpun Calla Lili atau bunga mawar yang berwarna-warni sebagai gubahan bunga pengantin anda.

Ikuti tips ini! Free! Hanya perlu kata; Terima Kasih kerana berkongsi! haha....sengal sekejap aku ni...

Cara membuat bunga tangan

1.Pilih bunga yang tahan lama dan mudah di jaga serta pilih rekaan susunan yang di inginkan.. boleh juga rujuk di majalah-majalah pengantin atau di GOooogle image!

2. Gunakan sekitar 30 batang untuk sebuah gubahan kecil atau 60 atang untuk yang lebih besar, ia sesuai untuk orang yang lebih tinggi.

3. Buang daun dan kelopak yang tidak diingini dan rosak pada setiap bunga. Potong bunga di sudut bawah air.

4. Mulai untuk membuat gubahan bunga anda. Ambil  atau 5 bunga bersama dalam bentuk bulat.

5. Aturlah bunga-bunga tambahan di sekitar bentuk kubah anda dan kemaskini kannya.

6. Ikatkan 8-9cm dibawah kepala bunga menggunakan pita getah atau dawai. Letakkan di dalam air sampai siap dibungkus dengan pita.

7. Potong bunga anda dengan panjang yang kamu mahukan.

8. Kemaskan ikatan ribbon dan letakkan aksesori tambahan seperti manik atau pin corsage mengikut kemahuan anda.

Merawat bunga segar

1. Bunga segar memerlukan pengendalian berhati-hati untuk tetap segar di hari pernikahan atau persandingan.

2. Pastikan bunga dipotong dengan gunting atau pisau yang sangat tajam supaya hujung batang bunga tidak pecah dan memudahkan pengaliran air yang baik.

3. Masukkan ke dalam pasu bunga setelah bunga siap digubah, pastikan juga air juga dibersihkan secara menyeluruh untuk mengelakkan bakteria yang dapat mempercepatkan proses penuaan bunga.

4. Pastikan batang bunga dipotong di bawah air.

5. Sembur gubahan bunga dengan pengawet seperti Finishing Touch yang biasa digunakan
oleh semua kedai bunga untuk memaksimumkan kesegaran bunga.

Petua: Letakkan gubahan bunga anda dalam air atau biarkan dalam peti ais hingga minit terakhir untuk menjaga mekar agar tampak segar.

Adakah ini membantu anda? Harap post kali ini sangat memberi manfaat pada semua pembaca =)


"Your Wedding Your Way!"

Lots of Love!;
Qaseh AzRin

Comments

  1. wah saya nak petua ni boleh x sys ??

    ReplyDelete
  2. salam.. maksud potong batang bunga dalam air tu cm ne ek?

    ReplyDelete
  3. salam.. mksud potong btang bunga dalam air tu mksud nye cm ne ye?

    ReplyDelete
  4. msukkn gubahan bunga dlm baldi yg ade air than u cut.. if x nk pun ok jew :p

    ReplyDelete
  5. kalau sy nk buat bunga tangan mlm sblm ari nikah n guna bunga 2 sampai ari sanding boleh x...mcm mn nk bg bunga 2 masih segar shingga ari sanding...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts